Monday, February 15, 2010

Surau-Surau Qaryah Sungai Dua P.Pinang

Surau Taman Ivory


Surau Apartment Jade View





Surau Blok E Hamna

Surau Blok T Hamna


Surau Blok A Hamna





Lawatan ke CEMACS Mukahead

9 Februari 2010
8.30 pagi






Saturday, December 19, 2009

Bengkel Pembentukan Modul Modal Insan

15-17 Disember 2009
Cinta Sayang Resort



Tuesday, September 22, 2009

Wednesday, August 26, 2009

Bagaimana Memimpin Pasukan Agar Berdaya Tinggi

Ketua pasukan bomba itu jelas kemarahannya. Dia mengkritik pasukannya yang mengabai perintah langsung daripadanya untuk mengosongkan sebuah bangunan yang hampir meletup. Para petugas ada alasan mereka untuk melakukan apa yang mereka lakukan, tapi dengan melanggar perintah, mereka menempatkan diri dan unit mereka dalam bahaya. Namun ketika sang ketua bersyarah kepada pasukannya, dia menjelaskan bahwa dia tetap menganggap unit itu antara yang terbaik dalam tugasan mereka.

Adegan ini adalah dari siri drama Rescue Me, yang dibintangi oleh Denis Leary. Walaupun berbentuk fiksyen, perilaku ketua dan para petugas bomba tersebut harus menjadi pelajaran bagi siapa pun dalam pengurusan. Sebuah pasukan yang berdaya tinggi, terutama yang telah lama bekerja bersama, sering mematuhi peraturan mereka sendiri. Di satu sisi, itu adalah rahasia kejayaan mereka; manakala di sisi lain, ketika pasukan mengabaikan arahan dari pengurusan, ia membawa masalah. Pengurus pasukan seperti itu beruntung dengan produktiviti yang efektif, namun tersepit apabila berhadapan dengan sikap pasukannya yang melakukan apa yang diingini apabila terasa ingin melakukannya. Hal ini memang menciptakan jalan cerita drama yang baik, tapi realitinya perpecahan tersebut merosakkan keberkesanan organisasi.

Cabaran bagi pemimpin ialah menekankan disiplin di samping memberi penghormatan terhadap kemampuan dan prestasi pasukan. Berikut adalah beberapa saranan untuk memastikan keberkesanan pasukan di samping menjaga kesatuannya.


Memberi penghargaan. Hargai pasukan atas apa yang telah dicapai. Pastikan individu tertentu dalam pasukan tahu betapa anda menghargai mereka dan pekerjaan mereka. Keluar dari cara-cara yang formal untuk membuat mereka rasa diterima. Puji prestasi mereka. Singkatnya, buat pasukan rasa istimewa. Kompensasi mesti mencerminkan seberapa besar penghargaan yang diberikan atas sumbangan mereka.



Menanam nilai-nilai. Kritis dengan kejayaan pasukan merupakan sumber kesepaduan yang menggerakkan kerjasama untuk kebaikan yang lebih besar. Hal yang sama berlaku pada unit dalam organisasi. Pastikan dengan jelas bahawa tiada unit yang menjangkau organisasi. Pada saat yang sama, hormati fakta bahwa anggota individu akan memiliki kesetiaan yang lebih besar dengan anggota unit mereka daripada anggota unit lain. Seorang bos yang cerdas akan menemukan cara-cara untuk meningkatkan kesepaduan unit agar memberi manfaat bagi seluruh organisasi dengan menempatkan unit ke posisi di mana keberhasilannya akan mencerminkan kejayaan seluruh organisasi.

Mematuhi polisi. Pasukan berdaya tinggi suka melakukan pekerjaan mengikut cara mereka sendiri. Ini adalah alasan kejayaan mereka. Biarkan pasukan dan juga individu mencari jawapan sendiri dan melaksanakan pandangannya dengan caranya sendiri. Namun, pastikan jelas bahwa apa-apa yang dibuat oleh pasukan mesti tepat pada waktu dan anggaran kosnya. Dengan itu juga, pastikan pasukan bertanggung jawab atas keberhasilan sesuatu keputusan.



Akhirnya, keseimbangan antara kreativiti dan disiplin. Anda inginkan pasukan yang berpikir dan bertindak kreatif karena kemampuannya untuk melakukan hal-hal yang berbeda memberikan sumbangan atas keberhasilannya. Pada masa yang sama, kreativiti harus selari kepada strategi dan tujuan organisasi. Artinya, pasukan boleh bebas kaedah metode tetapi bukan tujuan. Projek-projek yang dilaksanakan itu harus melengkapi misi organisasi.

Mari kita hadapi realiti. Ketika terdesak, pasukan yang produktif harus diberi ruang yang diperlukan untuk berjaya. Memperlakukan pasukan ini sebagai yang terbaik di antara yang setaraf adalah tepat. Semua unit harus diperlakukan secara adil tetapi orang yang melakukan lebih dari yang lain layak perhatian yang khusus. Jadi, sering terjadi kejayaan mana-mana unit yang berdaya tinggi yang membawa keberhasilan seluruh organisasi.

Secara dasarnya, ketua yang pintar akan memberikan ruang yang secukupnya kepada pasukan yang produktif. Peminpin yang berpengalaman mengetahui batas-batas sehingga mereka dapat menjaga semua pasukan mereka, tidak hanya yang berprestasi tinggi, dalam usaha mengekalkan kebanggaan pasukan yang memberi manfaat seluruh organisasi.

Sunday, July 12, 2009

Hapuskan Penangguhan Secara Total !!


Setiap orang pernah alami penangguhan dari masa ke semasa. Setengah orang penangguh yang kronik, sedangkan yang lain menyatakan mereka kerja lebih baik di bawah tekanan. Ia bukanlah tentang malas, namun sering orang kehabisan waktu atau mengambil terlalu banyak kerja.

Kebanyakan hal yang sukar kita lakukan adalah kerja yang membosankan, sulit, banyak, dan rumit. Kebanyakan orang menangguh karena rasa kepayahan. Seperti banyak hal, penangguhan adalah tabiat, dan tabiat boleh diubah dan diusahakan. Apakah anda salah satu dari jutaan yang suka menangguh? Pelakon Inggeris Christopher Parker berkata, `Penangguhan adalah seperti kad kredit: Ianya menyeronokkan sehinggalah anda dapat bil.



1. Bagaimana anda makan seekor gajah? Satu gigitan setiap kali. Bahagi projek-projek besar kepada bahagian kecil yang lebih mudah dikelola. Kuncinya ialah dengan membongkar projek. Ini boleh dilakukan di rumah atau di tempat kerja. Misalnya anda diberi tugas untuk menulis 400 halaman novel. Bagi kebanyakan orang ini tampak seakan tugas yang menakutkan. Tetapi bagaimana jika kami ubahsuai kembali projek kepada menulis satu halaman sehari selama satu minggu, satu bulan, atau satu tahun? Untuk kebanyakan orang, ia mengurangkan bebanan.



2. Tulis. Ini boleh disenaraikan dalam urutan tertentu dan akan memberikan gambaran apa yang anda perlu tangani. Kalendar (dengan banyak ruang catatan) adalah cara yang berguna untuk menulis perkara jangka pendek dan panjang. Lebih mudah memulakan dengan tugas yang paling susah.

3. Jadual perkara yang utama. Salah satu cara yang berguna untuk merancang perkara dalam urutan keutamaan adalah dengan menggunakan tempoh waktu. Misalnya jika anda ada 5 halaman kertas untuk ditulis, jadualkan untuk setiap halaman dari jam 6:00 sampai 7:00 setiap malam dari Isnin sampai Jumat selama satu minggu. Ini dapat diterapkan ke banyak perkara, seperti membayar bil atau menulis cadangan kerja.

4. Ketika waktu yang dijadualkan, lakukan apa yang sepatutnya. Seringkali orang akan menghindari keutamaan kerja dengan membersihkan kabinet, mencuci pinggan bahkan dinding – apa-apa yang menghindari keutamaan kerja.

5. Jadualkan waktu rehat dan imbalan. Salah satu bentuk rehat ialah bertenang untuk 3-5 minit antara sesi kerja. Lainnya seperti menonton filem, TV, membuat panggilan telefon, temu janji atau ke kedai kopi. Sedangkan yang lain suka berjalan kaki atau senaman, menikmati makanan atau minuman yang istimewa seperti coklat. Lain mungkin menikmati musik, pakaian atau buku baru. Namun ada juga yang lain mungkin menikmati mandi buih, bunga, atau lilin. Waktu senggang, waktu berhobi atau bersiar-siar juga dapat memuaskan hati.

6. Cari rakan yang boleh diharap untuk memantau kemajuan Anda. Terangkan rancangan anda secara berterusan. Satu lagi cara adalah mengirim pesan email kepada diri sendiri untuk meminta laporan kemajuan dan mengingatkan diri sendiri tugas-tugas yang harus dilakukan. Kadang-kadang rakan anda boleh membantu mewakilkan tugas-tugas kepada orang lain.


7. Tetapkan sasaran dan realistik untuk diri dan waktu anda. Hanya ada 24 jam sehari dan 7 daripadanya adalah untuk tidur. Tinggal 17 jam. Gunakan waktu Anda secara konsisten.

8. Jujur dengan diri sendiri tentang kemampuan anda. Pelajari cara untuk mengatakan `tidak' jika anda tidak dapat melakukan tugas. Setiap orang harus membuat keutamaan dan melakukan tugas-tugas yang paling penting dahulu.

9. Buat daftar kerja dan jangka waktu untuk setiap bahagian. Beri masa tambah untuk hal-hal luar jangka atau gangguan. Bagaimana jika anda kena pergi ke kedai untuk beli dakwat untuk mencetak kerja anda? Adakah anda menyediakan waktu ekstra sebelum kelas bermula?

10. Jangan terlalu berkeras pada diri sendiri. Semakin anda tertekan dan risau, semakin kecil kemungkinan anda untuk melakukan pekerjaan anda. Tumpu pada kekuatan dan kembangkan sikap ‘aku boleh’.



11. Jangan jadi ‘perfectionist’.. Tidak semua harus dilakukan sempurna, buat saja! Teruskan - akui bahwa anda ada beberapa ketakutan dan kerisauan tentang kemampuan anda untuk menyelesaikan pekerjaan! Ia bukanlah segalanya atau tidak.


Thursday, May 14, 2009

Kebangkitan Generasi Ulul Albab Membangun Bangsa


الحمد لله رب العالمين رب السماوات و الأرض و ما فيهن القائل في محكمه التنزيل

أولم يتفكروا في أنفسهم ما خلق الله السماوات والأرض وما بينهما إلا بالحق وأجل مسمى وإن كثيرا من الناس بلقاء ربهم لكافرون

وأفضل الصلاة و أتم التسليم على حبيب المصطفى الذى أرسله الله رحمة للعالمين خاتم الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه اجمعين

فيا عباد الله اتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة وجاهدوا فى سبيله لعلكم تفلحون

Marilah kita pada hari ini memperteguh kembali iltizam kita terhadap iman dan taqwa, kerana hanyasanya iman dan taqwa penyelamat kita dari malapetaka bangsa dan agama. Apa jua permasalahan yang tidak berlandaskan keduanya hanyalah retorik belaka, kerana acuan pemikiran al-Quran tidak sekali-kali bertujuan merosakkan kewujudan kita malahan mengangkat misi khalifatan fi ardhi sebagai anak bangsa yang hadir memberi rahmat alam semesta. Maka khutbah hari ini mengajak kita bersama menilai kembali akar persoalan dari perspektif Qurani agar kekal kita dalam tunjuk ajarnya yang benar.

Para jemaah yang dikasihi Allah,

Peringatan Allah tentang hakikat kewujudan manusia disebut berulang kali sebagai peringatan yang tak putus-putus bagi mereka yang mahu memperhatikannya. Namun sayang sekali bagi mereka yang mengaji dan mengkaji, adab yang pertama sekali bagi mengecapi hidayah al-Quran adalah dengan iman dan taqwa. Ini berdasarkan firman Allah

الم ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين

“Alif Lam Mim. Itulah Kitab yang tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi orang yang bertaqwa.”

Hinggalah seterusnya, Allah memperincikan faham taqwa itu sebagai satu produk atau hasilan orang-orang yang beriman. Prof. Hidayat Nataatmadja dalam bukunya Kebangkitan Islam, beliau menghuraikan persoalan kajian al-Quran dengan menyatakan bahawa bukanlah kecerdasan itu yang menjadi syarat mutlak untuk mengenal al-Quran, melainkan ketaqwaan seseorang. Oleh sebab itu adalah mustahil bagi pengkaji al-Quran di kalangan Orientalis mengerti hakikat ajaran islam, meskipun mereka pandai menggunakan lagika akal untuk menganalisa al-Quran, lalu pengenalan mereka tentang al-Quran itu terbatas dengan kedhaifan akal mereka sendiri. Daripada kalam Allah “Alim Lam Mim” sahaja, mesej al-Quran membawa dimensi kerancuan akal, iaitu sebahagian rahsia Allah itu dibiarkan tertutup daripada akal manusia supaya membangkitkan semangat iman kepada Allah pemilik Ilmu segala yang ghaib dan yang nyata.

Sebab itu dalam kriteria intelektual ulul albab acuan al-Quran, sikap ilmuwan Islam yang sebenarnya ialah seorang yang berfikir dan juga berzikir. Atau lebih perinci dari kata-kata as-Sya’bi dalam karya al-‘Aqlu wa Fadhluhu, beliau menyebut:

“Sesungguhnya ilmu itu sama sekali tidak akan bermanfaat, kecuali apabila orang-orang yang mempelajarinya memiliki dua karakter, iaitu berakal (genius) dan ahli ibadah. Apabila hanya berakal sahaja, tetapi tidak ahli ibadah, atau ahli ibadah tetapi tidak berakal, maka ilmu itu tidak akan bermanfaat sedikitpun.”

Sidang Jumaat Yang berbahagia,

أولم يتفكروا في أنفسهم ما خلق الله السماوات والأرض وما بينهما إلا بالحق وأجل مسمى وإن كثيرا من الناس بلقاء ربهم لكافرون

“Apakah mata dan hati mereka telah dilemahkan sehingga mereka tidak dapat berfikir tentang diri mereka untuk mengetahui kesudahan mereka? Allah tidak akan menciptakan langit dan bumi serta yang lainnya kecuali dengan sungguh-sungguh dan untuk jangka waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya kebanyakan manusia itu membangkang dalam hal pertemuannya dengan Allah dan datangnya hari kiamat”

Peringatan pertama Allah tentang orang yang memiliki akal yang berfikir agar melihat jauh ke hadapan tentang peranan ilmu itu dari sudut mengenal hakikat kehidupan serta tujuan pertanggungjawaban demi kemaslahatan. Inilah yang membezakan ilmuwan Kafir dengan Islam.

أولم يسيروا في الارض فينظروا كيف كان عاقبة الذين من قبلهم كانوا أشد منهم قوة وأثاروا الأرض وعمروها أكثر مما عمروها وجاءتهم رسلهم بالبينات فما كان الله ليظلمهم ولكن كلنوا أنفسهم يظلمون

“Apakah mereka menetap di negeri mereka dan tidak berjalan di muka bumi untuk menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang yang kafir sebelum mereka? Orang-orang kafir yang ada sebelum mereka itu lebih kuat dari mereka. Mereka telah mengolah bumi untuk mengeluarkan air, barang tambang dan hasil pertanian yang ada di dalamnya, juga telah membangunkan bumi lebih baik daripada yang dilakukan oleh orang-orang kafir yang ada sekarang. Dan rasul-rasul Allah telah datang dengan membawa berbagai mukjizat yang jelas kepada mereka lalu mereka mengingkarinya. Maka Allah menimpakan siksa kepada mereka, kerana Dia tidak akan memberikan balasan kepada mereka tanpa adanya dosa yang telah mereka lakukan, atau sebelum memberikan peringatan dan waktu kepada mereka mereka. Sesungguhnya merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.”

Al-Quran mengajak kita menilai lagi melalui pengkajian sejarah bahawa berapa banyak umat bangsa yang dimusnahkan oleh Allah SWT.

فكلا أخذنا بذنبه فمنهم من أرسلنا عليه حاصبا ومنهم من أخذته الصيحة ومنهم من خسفنا به الارض ومنهم من اغرقنا وما كان الله ليظلمهم ولكن كانوا انفسهم يظلمون

“Maka tiap-tiap mereka itu Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara yang keras mengguruh, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiayai mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.”

Berulang-ulang kali Allah menyebut tentang perkara ini. Sama ada kekuatan dan kegagahan, kekuasaan dan kestabilan sama sekali bukan jaminan untuk terus kekal unggul dan kekal. Bagi Allah terlalu mudah untuk membinasakannya apabila Ia menghendakiNya. Malah terlalu remeh di mata dunia yang tidak pula merasa kehilangan dengan ketiadaan mereka. Hancurnya kaum ’Ad dan Thamud, karamnya Firaun dan Haman, tenggelamnya Qarun ditelan bumi tidak pernah ditangisi sebagai suatu tragedi sejarah manusia. Satu bangsa boleh ada dan boleh tiada, satu generasi boleh datang dan pergi. Dunia tidak pernah merasa kerugian sama sekali. Setiap yang pergi akan segera ada pengganti yang lebih berkualiti.

ثم كان عاقبة الذين أساؤوا السوأى أن كذبوا بئايات الله وكانوا بها يستهزءون

“Kemudian kesudahan orang-orang yang melakukan bermacam-macam kejahatan adalah sikap kufur dan memperolok-olok terhadap ayat-ayat Allah”

Hasil daripada orang-orang ilmuwan songsang yang apabila telah mengkaji pesan-pesan keTuhanan ini, mereka malah mendustakannya malah mempersendakannya.

Sidang Jumaat Sekalian,

Amalan kita umat Islam dalam soal ilmu zaman moden ini berkait rapat dengan cara umat islam berfikir. Sepertimana disebut oleh Dr. Majid Irsan Kaylani dalam bukunya Kebangkitan Generasi Salahuddin, bahawa “setiap masyarakat itu terdiri daripada tiga komponen utama iaitu: ideologi, manusia dan benda. Ketiga-tiga komponen ini saling berkaitan antara satu sama lain.

Masyarakat berada dalam keadaan yang terbaik apabila “manusia” dan “benda” didasarkan kepada “ideologi”, di mana dalam konteks Islam ialah ajaran Islam itu sendiri. Tanda-tanda masyarakat yang berpegang dengan ideologi ini ialah apabila pusat kepimpinan dipegang oleh orang yang benar-benar memahami fiqh atau ilmu dalam segala cabaran dan pengambilan keputusan; pemikiran yang bersifat luas dan mendalam, perhatian individu dan masyarakat akan berpusat kepada masalah-masalah yang lebih umum dan besar, yang melibatkan cabaran sama ada dari luar mahupun dari dalam, dan fokus kepada menggerakkan kekuatan.

Akan tetapi apabila manusia menjadi asas kepada ideologi dan benda, maka karakter yang paling menonjol dalam masyarakat ialah berkuasanya para petualang kehormatan, wibawa dan pemilk kekuatan; mereka akan memperbudakkan “ideologi dan benda” demi kemaslahatan peribadi, keluarga, kelompok atau parti mereka. Pemikiran mereka hanya bertumpu pada sekitar keluarga, kelompok tertentu, kaum, parti dan daerah. Pemikiran ini bersifat dangkal dan tertutup bagi pemikiran yang lain.

Kemudiannya apabila kesetiaan kepada “benda” pula menjadi asas kepada “ideologi dan manusia”, maka kekuasaan dalam masyarakat akan berada pada tangan-tangan para pemilik modal dan petualang nafsu. Budaya hidup mewah dan konsumerisme menjadi ciri utama dalam masyarakat. Jaring-jaring hubungan sosial menjadi sebahagian barang dagangan, dan bahan konsumer yang menghiasi papan nama, gimik perniagaan, salon kecantikan dan nama-nama jalan. Pemikiran dan pemahaman menjadi lumpuh. Manusia menjadi sibuk dengan mencari benda duniawi untuk keperluan sehari-har; mereka telah kembali seperti yang yang diriwayatkan oleh sejarawan Abu Syamah – menjadi jahiliah yang perhatian merekatidak lebih daripada perut dan kemaluannya sahaja; tidak mengetahui perbuatan ma’ruf dan juga tidak mengingkari kemungkaran.

Pada saat itu, meskipun masyarakat masih menghembuskan nafas, tetapi mereka telah mati. Kelompok manusia yang lain mengumumkan berita kematian dan mengadakan upacara pemakaman. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW sangat khuatir umat islam terjebak dalam perjalan seperti ini, lalu baginda bersabda:

“Demi Allah, tidaklah kemiskinan yang saya khuatirkan menimpa kamu sekalian, akan tetapi saya sangat khuatir jika dunia dilapangkan bagi kamu sebagaimana telah dilapangkan bagi orang-orang sebelum kamu, lantas kamu saling berlumba seperti yang telah mereka lakukan, kemudian dunia itu akan membinasakan kalian sebagaimana ia telah membinasakan mereka.”

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

Lalu segeralah kita bermusahabah dan bertaubat kembali ke akar pemikiran al-Quran, adalah selayaknya kita dikekalkan terus sebagai bangsa yang berkualiti dari pandangan Allah. Atau selayaknya kita ini diganti dengan satu generasi baru yang lebih baik. Masa telah diberikan, risalah telah disampaikan, namun perjuangan masih belum kesudahan.

فأما الزبد فيذهب جفاء وأما ما ينفع الناس فيمكث في الأرض كذالك يضرب الله الأمثال
“Adapun buih-buih itu, ianya akan hilang sebagai bahan yang tidak ada harganya, adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.”

Seperti kalam Dato’ Dr. Siddiq Fadzil di dalam Siri Wacana Tematik-nya, kalimat al-zabad (buih) itu adalah simbol bangsa tanpa kualiti, tanpa substance, tanpa isi. Yang ada hanya gelembong kosong yang serba rapuh, bila-bila boleh pecah dan menghilang dari dunia. Apalah yangboleh disumbangkan oleh buih, berapakah harganya walau segunung buih. Maka untuk terus hadir di pentas dunia, sesuatu bangsa harus mampu menyumbang, harus mempunyai mesej dan misi, idealisme dan iltizam. Tetapi bangsa buih yang jiwa dan mindanya kosong melompong, hilang arah dan tujuan, hanyut dilambuk ombak, tidak akan punya masa depan selain hilang di dunia ini.

الله يبدؤا الخلق ثم يعيده تم إليه ترجعون

“Allah menciptakan menusia sejak permulaan, kemudian mengembalikan penciptaan itu setelah mereka mati, lalu hanya kepadaNya lah mereka kembali untuk dihitung dan diberi balasan.”