Saturday, December 19, 2009

Bengkel Pembentukan Modul Modal Insan

15-17 Disember 2009
Cinta Sayang Resort



Tuesday, September 22, 2009

Wednesday, August 26, 2009

Bagaimana Memimpin Pasukan Agar Berdaya Tinggi

Ketua pasukan bomba itu jelas kemarahannya. Dia mengkritik pasukannya yang mengabai perintah langsung daripadanya untuk mengosongkan sebuah bangunan yang hampir meletup. Para petugas ada alasan mereka untuk melakukan apa yang mereka lakukan, tapi dengan melanggar perintah, mereka menempatkan diri dan unit mereka dalam bahaya. Namun ketika sang ketua bersyarah kepada pasukannya, dia menjelaskan bahwa dia tetap menganggap unit itu antara yang terbaik dalam tugasan mereka.

Adegan ini adalah dari siri drama Rescue Me, yang dibintangi oleh Denis Leary. Walaupun berbentuk fiksyen, perilaku ketua dan para petugas bomba tersebut harus menjadi pelajaran bagi siapa pun dalam pengurusan. Sebuah pasukan yang berdaya tinggi, terutama yang telah lama bekerja bersama, sering mematuhi peraturan mereka sendiri. Di satu sisi, itu adalah rahasia kejayaan mereka; manakala di sisi lain, ketika pasukan mengabaikan arahan dari pengurusan, ia membawa masalah. Pengurus pasukan seperti itu beruntung dengan produktiviti yang efektif, namun tersepit apabila berhadapan dengan sikap pasukannya yang melakukan apa yang diingini apabila terasa ingin melakukannya. Hal ini memang menciptakan jalan cerita drama yang baik, tapi realitinya perpecahan tersebut merosakkan keberkesanan organisasi.

Cabaran bagi pemimpin ialah menekankan disiplin di samping memberi penghormatan terhadap kemampuan dan prestasi pasukan. Berikut adalah beberapa saranan untuk memastikan keberkesanan pasukan di samping menjaga kesatuannya.


Memberi penghargaan. Hargai pasukan atas apa yang telah dicapai. Pastikan individu tertentu dalam pasukan tahu betapa anda menghargai mereka dan pekerjaan mereka. Keluar dari cara-cara yang formal untuk membuat mereka rasa diterima. Puji prestasi mereka. Singkatnya, buat pasukan rasa istimewa. Kompensasi mesti mencerminkan seberapa besar penghargaan yang diberikan atas sumbangan mereka.



Menanam nilai-nilai. Kritis dengan kejayaan pasukan merupakan sumber kesepaduan yang menggerakkan kerjasama untuk kebaikan yang lebih besar. Hal yang sama berlaku pada unit dalam organisasi. Pastikan dengan jelas bahawa tiada unit yang menjangkau organisasi. Pada saat yang sama, hormati fakta bahwa anggota individu akan memiliki kesetiaan yang lebih besar dengan anggota unit mereka daripada anggota unit lain. Seorang bos yang cerdas akan menemukan cara-cara untuk meningkatkan kesepaduan unit agar memberi manfaat bagi seluruh organisasi dengan menempatkan unit ke posisi di mana keberhasilannya akan mencerminkan kejayaan seluruh organisasi.

Mematuhi polisi. Pasukan berdaya tinggi suka melakukan pekerjaan mengikut cara mereka sendiri. Ini adalah alasan kejayaan mereka. Biarkan pasukan dan juga individu mencari jawapan sendiri dan melaksanakan pandangannya dengan caranya sendiri. Namun, pastikan jelas bahwa apa-apa yang dibuat oleh pasukan mesti tepat pada waktu dan anggaran kosnya. Dengan itu juga, pastikan pasukan bertanggung jawab atas keberhasilan sesuatu keputusan.



Akhirnya, keseimbangan antara kreativiti dan disiplin. Anda inginkan pasukan yang berpikir dan bertindak kreatif karena kemampuannya untuk melakukan hal-hal yang berbeda memberikan sumbangan atas keberhasilannya. Pada masa yang sama, kreativiti harus selari kepada strategi dan tujuan organisasi. Artinya, pasukan boleh bebas kaedah metode tetapi bukan tujuan. Projek-projek yang dilaksanakan itu harus melengkapi misi organisasi.

Mari kita hadapi realiti. Ketika terdesak, pasukan yang produktif harus diberi ruang yang diperlukan untuk berjaya. Memperlakukan pasukan ini sebagai yang terbaik di antara yang setaraf adalah tepat. Semua unit harus diperlakukan secara adil tetapi orang yang melakukan lebih dari yang lain layak perhatian yang khusus. Jadi, sering terjadi kejayaan mana-mana unit yang berdaya tinggi yang membawa keberhasilan seluruh organisasi.

Secara dasarnya, ketua yang pintar akan memberikan ruang yang secukupnya kepada pasukan yang produktif. Peminpin yang berpengalaman mengetahui batas-batas sehingga mereka dapat menjaga semua pasukan mereka, tidak hanya yang berprestasi tinggi, dalam usaha mengekalkan kebanggaan pasukan yang memberi manfaat seluruh organisasi.

Sunday, July 12, 2009

Hapuskan Penangguhan Secara Total !!


Setiap orang pernah alami penangguhan dari masa ke semasa. Setengah orang penangguh yang kronik, sedangkan yang lain menyatakan mereka kerja lebih baik di bawah tekanan. Ia bukanlah tentang malas, namun sering orang kehabisan waktu atau mengambil terlalu banyak kerja.

Kebanyakan hal yang sukar kita lakukan adalah kerja yang membosankan, sulit, banyak, dan rumit. Kebanyakan orang menangguh karena rasa kepayahan. Seperti banyak hal, penangguhan adalah tabiat, dan tabiat boleh diubah dan diusahakan. Apakah anda salah satu dari jutaan yang suka menangguh? Pelakon Inggeris Christopher Parker berkata, `Penangguhan adalah seperti kad kredit: Ianya menyeronokkan sehinggalah anda dapat bil.



1. Bagaimana anda makan seekor gajah? Satu gigitan setiap kali. Bahagi projek-projek besar kepada bahagian kecil yang lebih mudah dikelola. Kuncinya ialah dengan membongkar projek. Ini boleh dilakukan di rumah atau di tempat kerja. Misalnya anda diberi tugas untuk menulis 400 halaman novel. Bagi kebanyakan orang ini tampak seakan tugas yang menakutkan. Tetapi bagaimana jika kami ubahsuai kembali projek kepada menulis satu halaman sehari selama satu minggu, satu bulan, atau satu tahun? Untuk kebanyakan orang, ia mengurangkan bebanan.



2. Tulis. Ini boleh disenaraikan dalam urutan tertentu dan akan memberikan gambaran apa yang anda perlu tangani. Kalendar (dengan banyak ruang catatan) adalah cara yang berguna untuk menulis perkara jangka pendek dan panjang. Lebih mudah memulakan dengan tugas yang paling susah.

3. Jadual perkara yang utama. Salah satu cara yang berguna untuk merancang perkara dalam urutan keutamaan adalah dengan menggunakan tempoh waktu. Misalnya jika anda ada 5 halaman kertas untuk ditulis, jadualkan untuk setiap halaman dari jam 6:00 sampai 7:00 setiap malam dari Isnin sampai Jumat selama satu minggu. Ini dapat diterapkan ke banyak perkara, seperti membayar bil atau menulis cadangan kerja.

4. Ketika waktu yang dijadualkan, lakukan apa yang sepatutnya. Seringkali orang akan menghindari keutamaan kerja dengan membersihkan kabinet, mencuci pinggan bahkan dinding – apa-apa yang menghindari keutamaan kerja.

5. Jadualkan waktu rehat dan imbalan. Salah satu bentuk rehat ialah bertenang untuk 3-5 minit antara sesi kerja. Lainnya seperti menonton filem, TV, membuat panggilan telefon, temu janji atau ke kedai kopi. Sedangkan yang lain suka berjalan kaki atau senaman, menikmati makanan atau minuman yang istimewa seperti coklat. Lain mungkin menikmati musik, pakaian atau buku baru. Namun ada juga yang lain mungkin menikmati mandi buih, bunga, atau lilin. Waktu senggang, waktu berhobi atau bersiar-siar juga dapat memuaskan hati.

6. Cari rakan yang boleh diharap untuk memantau kemajuan Anda. Terangkan rancangan anda secara berterusan. Satu lagi cara adalah mengirim pesan email kepada diri sendiri untuk meminta laporan kemajuan dan mengingatkan diri sendiri tugas-tugas yang harus dilakukan. Kadang-kadang rakan anda boleh membantu mewakilkan tugas-tugas kepada orang lain.


7. Tetapkan sasaran dan realistik untuk diri dan waktu anda. Hanya ada 24 jam sehari dan 7 daripadanya adalah untuk tidur. Tinggal 17 jam. Gunakan waktu Anda secara konsisten.

8. Jujur dengan diri sendiri tentang kemampuan anda. Pelajari cara untuk mengatakan `tidak' jika anda tidak dapat melakukan tugas. Setiap orang harus membuat keutamaan dan melakukan tugas-tugas yang paling penting dahulu.

9. Buat daftar kerja dan jangka waktu untuk setiap bahagian. Beri masa tambah untuk hal-hal luar jangka atau gangguan. Bagaimana jika anda kena pergi ke kedai untuk beli dakwat untuk mencetak kerja anda? Adakah anda menyediakan waktu ekstra sebelum kelas bermula?

10. Jangan terlalu berkeras pada diri sendiri. Semakin anda tertekan dan risau, semakin kecil kemungkinan anda untuk melakukan pekerjaan anda. Tumpu pada kekuatan dan kembangkan sikap ‘aku boleh’.



11. Jangan jadi ‘perfectionist’.. Tidak semua harus dilakukan sempurna, buat saja! Teruskan - akui bahwa anda ada beberapa ketakutan dan kerisauan tentang kemampuan anda untuk menyelesaikan pekerjaan! Ia bukanlah segalanya atau tidak.


Thursday, May 14, 2009

Kebangkitan Generasi Ulul Albab Membangun Bangsa


الحمد لله رب العالمين رب السماوات و الأرض و ما فيهن القائل في محكمه التنزيل

أولم يتفكروا في أنفسهم ما خلق الله السماوات والأرض وما بينهما إلا بالحق وأجل مسمى وإن كثيرا من الناس بلقاء ربهم لكافرون

وأفضل الصلاة و أتم التسليم على حبيب المصطفى الذى أرسله الله رحمة للعالمين خاتم الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه اجمعين

فيا عباد الله اتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة وجاهدوا فى سبيله لعلكم تفلحون

Marilah kita pada hari ini memperteguh kembali iltizam kita terhadap iman dan taqwa, kerana hanyasanya iman dan taqwa penyelamat kita dari malapetaka bangsa dan agama. Apa jua permasalahan yang tidak berlandaskan keduanya hanyalah retorik belaka, kerana acuan pemikiran al-Quran tidak sekali-kali bertujuan merosakkan kewujudan kita malahan mengangkat misi khalifatan fi ardhi sebagai anak bangsa yang hadir memberi rahmat alam semesta. Maka khutbah hari ini mengajak kita bersama menilai kembali akar persoalan dari perspektif Qurani agar kekal kita dalam tunjuk ajarnya yang benar.

Para jemaah yang dikasihi Allah,

Peringatan Allah tentang hakikat kewujudan manusia disebut berulang kali sebagai peringatan yang tak putus-putus bagi mereka yang mahu memperhatikannya. Namun sayang sekali bagi mereka yang mengaji dan mengkaji, adab yang pertama sekali bagi mengecapi hidayah al-Quran adalah dengan iman dan taqwa. Ini berdasarkan firman Allah

الم ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين

“Alif Lam Mim. Itulah Kitab yang tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi orang yang bertaqwa.”

Hinggalah seterusnya, Allah memperincikan faham taqwa itu sebagai satu produk atau hasilan orang-orang yang beriman. Prof. Hidayat Nataatmadja dalam bukunya Kebangkitan Islam, beliau menghuraikan persoalan kajian al-Quran dengan menyatakan bahawa bukanlah kecerdasan itu yang menjadi syarat mutlak untuk mengenal al-Quran, melainkan ketaqwaan seseorang. Oleh sebab itu adalah mustahil bagi pengkaji al-Quran di kalangan Orientalis mengerti hakikat ajaran islam, meskipun mereka pandai menggunakan lagika akal untuk menganalisa al-Quran, lalu pengenalan mereka tentang al-Quran itu terbatas dengan kedhaifan akal mereka sendiri. Daripada kalam Allah “Alim Lam Mim” sahaja, mesej al-Quran membawa dimensi kerancuan akal, iaitu sebahagian rahsia Allah itu dibiarkan tertutup daripada akal manusia supaya membangkitkan semangat iman kepada Allah pemilik Ilmu segala yang ghaib dan yang nyata.

Sebab itu dalam kriteria intelektual ulul albab acuan al-Quran, sikap ilmuwan Islam yang sebenarnya ialah seorang yang berfikir dan juga berzikir. Atau lebih perinci dari kata-kata as-Sya’bi dalam karya al-‘Aqlu wa Fadhluhu, beliau menyebut:

“Sesungguhnya ilmu itu sama sekali tidak akan bermanfaat, kecuali apabila orang-orang yang mempelajarinya memiliki dua karakter, iaitu berakal (genius) dan ahli ibadah. Apabila hanya berakal sahaja, tetapi tidak ahli ibadah, atau ahli ibadah tetapi tidak berakal, maka ilmu itu tidak akan bermanfaat sedikitpun.”

Sidang Jumaat Yang berbahagia,

أولم يتفكروا في أنفسهم ما خلق الله السماوات والأرض وما بينهما إلا بالحق وأجل مسمى وإن كثيرا من الناس بلقاء ربهم لكافرون

“Apakah mata dan hati mereka telah dilemahkan sehingga mereka tidak dapat berfikir tentang diri mereka untuk mengetahui kesudahan mereka? Allah tidak akan menciptakan langit dan bumi serta yang lainnya kecuali dengan sungguh-sungguh dan untuk jangka waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya kebanyakan manusia itu membangkang dalam hal pertemuannya dengan Allah dan datangnya hari kiamat”

Peringatan pertama Allah tentang orang yang memiliki akal yang berfikir agar melihat jauh ke hadapan tentang peranan ilmu itu dari sudut mengenal hakikat kehidupan serta tujuan pertanggungjawaban demi kemaslahatan. Inilah yang membezakan ilmuwan Kafir dengan Islam.

أولم يسيروا في الارض فينظروا كيف كان عاقبة الذين من قبلهم كانوا أشد منهم قوة وأثاروا الأرض وعمروها أكثر مما عمروها وجاءتهم رسلهم بالبينات فما كان الله ليظلمهم ولكن كلنوا أنفسهم يظلمون

“Apakah mereka menetap di negeri mereka dan tidak berjalan di muka bumi untuk menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang yang kafir sebelum mereka? Orang-orang kafir yang ada sebelum mereka itu lebih kuat dari mereka. Mereka telah mengolah bumi untuk mengeluarkan air, barang tambang dan hasil pertanian yang ada di dalamnya, juga telah membangunkan bumi lebih baik daripada yang dilakukan oleh orang-orang kafir yang ada sekarang. Dan rasul-rasul Allah telah datang dengan membawa berbagai mukjizat yang jelas kepada mereka lalu mereka mengingkarinya. Maka Allah menimpakan siksa kepada mereka, kerana Dia tidak akan memberikan balasan kepada mereka tanpa adanya dosa yang telah mereka lakukan, atau sebelum memberikan peringatan dan waktu kepada mereka mereka. Sesungguhnya merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.”

Al-Quran mengajak kita menilai lagi melalui pengkajian sejarah bahawa berapa banyak umat bangsa yang dimusnahkan oleh Allah SWT.

فكلا أخذنا بذنبه فمنهم من أرسلنا عليه حاصبا ومنهم من أخذته الصيحة ومنهم من خسفنا به الارض ومنهم من اغرقنا وما كان الله ليظلمهم ولكن كانوا انفسهم يظلمون

“Maka tiap-tiap mereka itu Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara yang keras mengguruh, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiayai mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.”

Berulang-ulang kali Allah menyebut tentang perkara ini. Sama ada kekuatan dan kegagahan, kekuasaan dan kestabilan sama sekali bukan jaminan untuk terus kekal unggul dan kekal. Bagi Allah terlalu mudah untuk membinasakannya apabila Ia menghendakiNya. Malah terlalu remeh di mata dunia yang tidak pula merasa kehilangan dengan ketiadaan mereka. Hancurnya kaum ’Ad dan Thamud, karamnya Firaun dan Haman, tenggelamnya Qarun ditelan bumi tidak pernah ditangisi sebagai suatu tragedi sejarah manusia. Satu bangsa boleh ada dan boleh tiada, satu generasi boleh datang dan pergi. Dunia tidak pernah merasa kerugian sama sekali. Setiap yang pergi akan segera ada pengganti yang lebih berkualiti.

ثم كان عاقبة الذين أساؤوا السوأى أن كذبوا بئايات الله وكانوا بها يستهزءون

“Kemudian kesudahan orang-orang yang melakukan bermacam-macam kejahatan adalah sikap kufur dan memperolok-olok terhadap ayat-ayat Allah”

Hasil daripada orang-orang ilmuwan songsang yang apabila telah mengkaji pesan-pesan keTuhanan ini, mereka malah mendustakannya malah mempersendakannya.

Sidang Jumaat Sekalian,

Amalan kita umat Islam dalam soal ilmu zaman moden ini berkait rapat dengan cara umat islam berfikir. Sepertimana disebut oleh Dr. Majid Irsan Kaylani dalam bukunya Kebangkitan Generasi Salahuddin, bahawa “setiap masyarakat itu terdiri daripada tiga komponen utama iaitu: ideologi, manusia dan benda. Ketiga-tiga komponen ini saling berkaitan antara satu sama lain.

Masyarakat berada dalam keadaan yang terbaik apabila “manusia” dan “benda” didasarkan kepada “ideologi”, di mana dalam konteks Islam ialah ajaran Islam itu sendiri. Tanda-tanda masyarakat yang berpegang dengan ideologi ini ialah apabila pusat kepimpinan dipegang oleh orang yang benar-benar memahami fiqh atau ilmu dalam segala cabaran dan pengambilan keputusan; pemikiran yang bersifat luas dan mendalam, perhatian individu dan masyarakat akan berpusat kepada masalah-masalah yang lebih umum dan besar, yang melibatkan cabaran sama ada dari luar mahupun dari dalam, dan fokus kepada menggerakkan kekuatan.

Akan tetapi apabila manusia menjadi asas kepada ideologi dan benda, maka karakter yang paling menonjol dalam masyarakat ialah berkuasanya para petualang kehormatan, wibawa dan pemilk kekuatan; mereka akan memperbudakkan “ideologi dan benda” demi kemaslahatan peribadi, keluarga, kelompok atau parti mereka. Pemikiran mereka hanya bertumpu pada sekitar keluarga, kelompok tertentu, kaum, parti dan daerah. Pemikiran ini bersifat dangkal dan tertutup bagi pemikiran yang lain.

Kemudiannya apabila kesetiaan kepada “benda” pula menjadi asas kepada “ideologi dan manusia”, maka kekuasaan dalam masyarakat akan berada pada tangan-tangan para pemilik modal dan petualang nafsu. Budaya hidup mewah dan konsumerisme menjadi ciri utama dalam masyarakat. Jaring-jaring hubungan sosial menjadi sebahagian barang dagangan, dan bahan konsumer yang menghiasi papan nama, gimik perniagaan, salon kecantikan dan nama-nama jalan. Pemikiran dan pemahaman menjadi lumpuh. Manusia menjadi sibuk dengan mencari benda duniawi untuk keperluan sehari-har; mereka telah kembali seperti yang yang diriwayatkan oleh sejarawan Abu Syamah – menjadi jahiliah yang perhatian merekatidak lebih daripada perut dan kemaluannya sahaja; tidak mengetahui perbuatan ma’ruf dan juga tidak mengingkari kemungkaran.

Pada saat itu, meskipun masyarakat masih menghembuskan nafas, tetapi mereka telah mati. Kelompok manusia yang lain mengumumkan berita kematian dan mengadakan upacara pemakaman. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW sangat khuatir umat islam terjebak dalam perjalan seperti ini, lalu baginda bersabda:

“Demi Allah, tidaklah kemiskinan yang saya khuatirkan menimpa kamu sekalian, akan tetapi saya sangat khuatir jika dunia dilapangkan bagi kamu sebagaimana telah dilapangkan bagi orang-orang sebelum kamu, lantas kamu saling berlumba seperti yang telah mereka lakukan, kemudian dunia itu akan membinasakan kalian sebagaimana ia telah membinasakan mereka.”

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

Lalu segeralah kita bermusahabah dan bertaubat kembali ke akar pemikiran al-Quran, adalah selayaknya kita dikekalkan terus sebagai bangsa yang berkualiti dari pandangan Allah. Atau selayaknya kita ini diganti dengan satu generasi baru yang lebih baik. Masa telah diberikan, risalah telah disampaikan, namun perjuangan masih belum kesudahan.

فأما الزبد فيذهب جفاء وأما ما ينفع الناس فيمكث في الأرض كذالك يضرب الله الأمثال
“Adapun buih-buih itu, ianya akan hilang sebagai bahan yang tidak ada harganya, adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.”

Seperti kalam Dato’ Dr. Siddiq Fadzil di dalam Siri Wacana Tematik-nya, kalimat al-zabad (buih) itu adalah simbol bangsa tanpa kualiti, tanpa substance, tanpa isi. Yang ada hanya gelembong kosong yang serba rapuh, bila-bila boleh pecah dan menghilang dari dunia. Apalah yangboleh disumbangkan oleh buih, berapakah harganya walau segunung buih. Maka untuk terus hadir di pentas dunia, sesuatu bangsa harus mampu menyumbang, harus mempunyai mesej dan misi, idealisme dan iltizam. Tetapi bangsa buih yang jiwa dan mindanya kosong melompong, hilang arah dan tujuan, hanyut dilambuk ombak, tidak akan punya masa depan selain hilang di dunia ini.

الله يبدؤا الخلق ثم يعيده تم إليه ترجعون

“Allah menciptakan menusia sejak permulaan, kemudian mengembalikan penciptaan itu setelah mereka mati, lalu hanya kepadaNya lah mereka kembali untuk dihitung dan diberi balasan.”

Membina Pasukan: Strategi Kepimpinan Dalam Mengatasi Beberapa Masalah Asas Semasa

Gayle Lantz


Di sebalik usaha membangun pasukan yang terbaik, masih banyak organisasi yang beroperasi pada keupayaan yang rendah dalam menghasilkan keputusan yang diinginkan. Mereka telah melaburkan waktu dan wang dalam program yang diharapkan dapat membantu anggota berfungsi dengan baik, namun hasilnya bersifat jangka pendek.

Apakah permasalahannya? Setiap situasi itu unik, namun di sini ada beberapa kemungkinan:

• Sesetengah atau semua anggota tidak ingin berfungsi sebagai pasukan. Mereka telah menjadi biasa untuk beroperasi secara sendirian dan tidak melihat nilai operasi secara keseluruhan.

• Pembinaan pasukan tidak berhubungan dengan hasil kerja. Sebaliknya pasukan mengalami latihan yang membentuk perasaan buatan semata-mata. Walaupun pasukan telah belajar tentang satu sama lain dari hal gaya perilaku, profil motivasi, kekuatan individu, dan lain-lain, mereka telah gagal untuk menghubungkan usaha mereka dengan hasil yang dikehendaki.

• Tidak ada tindakan lanjut selepas satu-satu acara. Pembinaan pasukan yang berjaya mestilah melalui pendekatan yang strategik, bukan sekadar mengharap yang terbaik dari satu-kali acara sahaja. Ia mesti menghasilkan idea tindakan untuk membantu pasukan dan organisasi mencapai tujuan mereka. Pembelajaran, pengaplikasian dan pemerkasaan berterusan sangatlah kritikal.

Daripada semua masalah yang berpotensi memberi impak negatif kepada pasukan, berikut adalah sebahagian hambatan yang umum dalam kejayaan pasukan berdasarkan pengalaman saya dan bagaimana cara untuk mengatasinya.

Halangan # 1: Tumpuan yang kabur.

Dalam situasi ini, pasukan benar-benar tidak tahu bagaimana untuk berfungsi. Sama ada satu pasukan telah kehilangan fokus pada penghasilan atau anggota yang tidak pernah jelas tujuan mereka sejak awalnya. Sebaliknya, mereka telah menjadi terlalu bertumpu kepada anggota yang lain - menilai apa yang mereka lakukan, membuat sangkaan, spekulasi, tikam belakang, salah menyalahi, dll Tanpa fokus yang jelas, anggota pasukan sering bertindak terhadap peristiwa di lingkungan mereka. Mereka merasa terganggu oleh anggota lainnya atau hanya respon kepada masalah di sekitarnya. Tidak ada tumpuan strategik berpasukan atau keupayaan untuk bergerak maju.

Saran: Sebagai pemimpin, Anda harus campur tangan dan menjelaskan gambaran besar tujuan serta harapan. Dalam rangka menyelesaikan tugas ini secara efektif, anda harus berkomunikasi tentang tujuan dalam beberapa cara yang sesuai dengan kepelbagaian anggota. Sebahagian mungkin perlukan penerangan visual (misalnya, peta jalan); lain mungkin perlu mengetahui "mengapa" di belakang tujuan untuk meyakininya. Pastikan kejelasannya. Minta pasukan menggambarkan kefahaman keseluruhan tujuan dalam perkataan mereka sendiri. Kemudian jelaskan atau betulkan mengikut kesesuaian.

Halangan # 2: Kurangnya kepemimpinan.

Kepemimpinan penting untuk membantu pasukan berjaya. Tanpanya, anggota akan memakai cara mereka sendiri. Sebahagian akan berjalan sejauh dan secepat mungkin untuk membuktikan diri mereka sendiri, melepasi had serta banyak mengambil risiko. Yang lain akan duduk diam selama yang mampu, menghasilkan sedikit yang mungkin, namun tetap mengeluh tentang pekerjaan yang belum selesai. Beberapa pemimpin terlalu sibuk bertumpu kepada agenda politik atau karier masing-masing. Pemimpin lainnya tidak memahami peranan mereka atau tidak memiliki skil kepemimpinan yang baik.

Saran: Lakukan sesi penumpuan strategik secara berterusan. Pemimpin yang kuat akan membantu pasukan tumpu pada tujuan (apa) dan strategi (bagaimana). Adakan pertemuan informal secara bersemuka secara konsisten untuk mendapatkan laporan langsung dan maklum balas, mengenal pasti punca masalah pembahagian kuasa. Jika anda perlu membangunkan kepemimpinan anda sendiri, pastikan itu menjadi keutamaan. Jika anda menilai karier anda, cari pelatih atau mentor untuk membantu anda. Ingat, untuk meningkatkan orang lain - anda harus terlebih dahulu meningkatkan diri sendiri.

Halangan # 3: Statik.

Pasukan mungkin terperangkap dalam amalan yang mungkin telah lama didirikan. Mereka menjadi malas atau berhenti mencoba pendekatan baru. Anggota baru mungkin tidak berpuas hati kerana kurangnya keterbukaan untuk idea dan cara operasi yang baru. Anggota yang berpengalaman selalunya mempertahankan hal yang biasanya telah dilakukan.

Saran: Kenal pasti satu aspek dari pasukan yang anda sangat harap perubahan terjadi. Bercakap dengan pasukan anda untuk memastikan semua orang faham tentang nilainya dan bersetuju dengan perubahan tersebut. Tentukan apakah hasil yang terbaik jika pasukan membuat perubahan, gunakan prosedur baru, cuba pendekatan baru atau melakukan apapun yang anda sarankan. Kemudian dapatkan idea-idea dari pasukan bagaimana memastikan ianya terjadi.

Membangkitkan semangat tentang kemungkinan yang baru akan memudahkan pasukan untuk bersikap tidak statik. Pasukan yang paling berkesan dapat mempertahankan amalan-amalan terbaik sementara menyesuaikan diri dengan lingkungan baru atau perubahan organisasi. Mereka tidak berpuas hati dengan status quo. Di antara amalan terbaik mereka ialah terus mencari cara baru dan lebih baik untuk melakukan pekerjaan mereka. Mereka tidak sekadar berpuas hati dengan gerakan atau latihan remeh yang dapat meningkatkan kesadaran, namun berhenti di situ.

Kesimpulan: Tak kisah sama ada Bob ialah biru, hijau atau kuning jika ia tidak dapat menghubungkan kesadaran dirinya dengan hasil. Hal yang sama juga berlaku pada peringkat pasukan. Anggota pasukan mungkin anggap menarik untuk mempelajari lebih lanjut tentang anggota yang lain, tetapi jangan lupa untuk membantu menterjemahkan pelajaran ke dalam bentuk hasil.

Pemimpin yang hebat menghabiskan waktu menjelaskan tujuan, mengembangkan keterampilan kepemimpinan mereka sendiri dan mengenal pasti cara-cara baru untuk mencapai hasil yang besar. Sambil tidak bingung dengan pengurusan mikro, pemimpin yang efektif akan memeriksa dari waktu ke waktu untuk memastikan bahwa tujuan organisasi dan strategi tetap jelas. Pada saat yang sama, mereka membantu membangun kemampuan individu pasukan dan tidak membuat kerja pasukan secara sendirian.

Dengan membuka komunikasi yang produktif dan konstruktif ke tingkat yang lebih tinggi akan membantu pemimpin meningkatkan keberkesanan dan pasukan mereka berfungsi secara efektif. Pemimpin sering merasakan tidak perlu untuk mengingatkan semua orang dalam pasukan tentang apa yang harus dilakukan. Fokus pada mempengaruhi bukan melaksanakan.

Pembinaan pasukan adalah salah satu cara untuk mencapai hasil, bukan pencapaian itu sendiri. Apa yang anda ingin pasukan anda capai?

Mendefinisikan Amalan Terburuk


Amalan terburuk adalah sekurang-kurangnya tidak efektif dan sebanyak-banyaknya tidak produktif. Sama seperti pelaburan yang buruk yang akhirnya mendatangkan kos yang tinggi,, amalan buruk juga dapat mencuri waktu anda, tenaga dan produktiviti.

Sebahagian amalan adalah lebih buruk daripada yang lain: beberapa kegagalan kecil yang cukup buang waktu anda atau menurunkan produktiviti, sedangkan yang lain adalah masalah utama yang dapat menyebabkan projek gagal.

Kadang-kadang amalan yang buruk adalah tidak dapat melakukan apa saja, sama seperti membekukan semua wang anda dapat menjadi pelaburan buruk dalam tempoh jangka panjang akibat inflasi. Pada waktu yang lain ia adalah kesalahan yang sering terjadi pada kebanyakan orang, meskipun tidak dipanggil sebagai "amalan”, ia juga mungkin terjadi kerana kebiasaan umum.

Memahami amalan kerja yang buruk dan berusaha menghindarinya merupakan perbuatan yang berharga. Lompong ini mudah merosakkan upaya anda walaupun anda telah menggunakan semua amalan yang terbaik. Untuk menjadi pengurus waktu yang efektif anda tentu harus menggunakan amalan terbaik, namun anda juga harus menghindari yang terburuk.

Bagi setiap amalan terbaik biasanya ada satu set amalan terburuk yang meliputi keadaan yang sama atau yang diinginkan. Misalnya, amalan terbaik dalam proses delegasi juga dianggap terburuk apabila semuanya dilakukan sendiri dan menghadkan delegasi.

Amalan terburuk adalah tidak produktif dan tidak efektif karena berbagai alasan, namun ini adalah tiga yang paling umum:


1. Melanggar Prinsip

Banyak amalan dianggap buruk karena mereka melanggar hukum alam atau prinsip. Seperti yang saya telah disebutkan sebelumnya, prinsip adalah dasar hukum yang mengendalikan kehidupan kita sama ada kita menerimanya atau tidak. Amalan yang melanggar prinsip adalah cacat secara fundamental dan telah memberi anda kesukaran serta hasil yang negatif.

Amalan ini cenderung kepada keburukan terutama karena anda mungkin tidak menyedari bahwa Anda melanggar prinsip asas yang digunakan; mungkin anda hanya melakukan apa yang telah disuruh atau apa yang telah dilakukan selama bertahun-tahun. Apabila anda sedar bahwa sesuatu amalan itu melanggar prinsip atau peraturan asas, anda memiliki sedikit pilihan dalam hal ini. Prinsip ini tidak dapat berubah kerana kepentingan anda. Anda harus mengubah dan mulai menggunakan amalan yang lebih baik.

Cerita tentang seorang kapten dengan rumah api memberikan gambaran yang lucu tentang apa yang dimaksudkan dengan melanggar prinsip. Bila anda berhadapan dengan prinsip rumah api, pilihan anda hanyalah untuk berubah atau menghadapi kesannya..



2. Berdasarkan paradigma yang tidak tepat atau salah

Alasan kedua gagalnya amalan terburuk adalah bahwa mereka sering berdasarkan paradigma yang tidak tepat atau salah. Contohnya 'penawar' seperti pendarahan atau penggerudian tengkorak pesakit yang sering digunakan oleh doktor abad itu berdasarkan kepercayaan palsu bahwa roh jahat di dalam darah adalah sumber penyakit. Amalan ini tidak produktif - sering membunuh pesakit bukan menyembuh mereka – berdasarkan paradigma yang sangat tidak efektif karena ianya tidak berasaskan kenyataan; sebaliknya, ia berdasarkan imaginasi, mitos, tahyul, dan ketakutan.

Demikian juga, terdapat paradigma tidak efektif dari pengurusan waktu yang walaupun dipercayai dan banyak dimanfaatkan, tidak lebih dari roh jahat di dalam darah. Seperti 'penawar' yang digunakan oleh doktor, amalan yang berasal dari paradigma yang salah adalah tidak produktif. Bukan semua paradigma ini bersifat fantasi, di antaranya mungkin dimulai dengan butir kebenaran yang telah dibesar-besarkan atau berubah selama bertahun-tahun, yang dapat menjadi bahagian dari alasan mengapa sebagiannya begitu dipercayai: sepintas lalu mereka tampaknya masuk akal, tetapi ianya tidak benar atau tidak tepat. Artemus Ward berkata "Bukanlah terjadinya masalah disebabkan hal yang tidak kita ketahui. Ada hal-hal yang kita tahu namun bukanlah yang sebenarnya."

Orang yang melakukan amalan berdasarkan paradigma yang tidak efektif berpikir mereka tahu bagaimana mengelola waktu mereka, namun kenyataannya bahwa mereka benar-benar tidak, dan mereka membuang waktu dalam satu cara atau yang lain.


3. Tidak berfungsi

Amalan terburuk sebahagiannya memang tidak berfungsi. Ia hanyalah cara yang tidak efektif dalam menangani beberapa situasi atau mencoba untuk menyelesaikan tugas tertentu.

Nampak aneh apabila amalan terburuk sangat banyak digunakan walaupun ianya benar-benar tidak produktif dan tidak efektif. Berikut adalah sebahagian alasan mengapa banyak orang tetap terperangkap dengannya:

Kesalahan Lama- Sebahagian amalan terburuk adalah kesalahan pengurusan masa umum yang sering diulangi sehingga layak untuk dipanggil amalan terburuk.

Jalan Mudah - Kebanyakan yang amalan terburuk mewakili jalan yang mudah; amalan yang melibatkan sedikitnya jumlah usaha atau keselesaan untuk suatu situasi atau tugas. Amalan terbaik biasanya memerlukan pelaburan masa awal dan tenaga sebelum ia memberikan pulangan; ia juga mungkin mengeluarkan anda dari zon selesa agar digunakan secara efektif.

Orang yang enggan melakukan pelaburan ini biasanya kembali ke amalan yang tidak memerlukan usaha apapun atau kesusahan pada bahagian mereka, tapi kebanyakan amalan ini akhirnya menjadi amalan yang terburuk yang mana untuk jangka panjang akan menyebabkan kerugian masa.

Kurang Kemahiran atau Pengetahuan - Sebahagian orang jatuh ke dalam perangkap amalan yang terburuk hanya karena mereka tidak tahu apa yang lebih baik, atau karena mereka tidak memiliki kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan amalan yang lebih baik. Situasi ini mudah diatasi jika anda belajar tentang amalan yang lebih baik dan mengembangkan kemahiran yang anda perlukan.



Perangkap Kera - Saya dengar bahwa penduduk desa di India menggunakan perangkap untuk menangkap kera. Mereka menanam balang di dalam tanah dan membiarkan mulut balang terbuka di atas tanah. Mereka kemudian memasukkan makanan yang disukai kera ke dalam balang. Balang itu mempunyai mulut yang cukup-cukup hanya untuk monyet memasukkan tangan jika kosong, tetapi terlalu kecil bagi mereka untuk mengeluarkan tangan mereka keluar apabila memegang makanan.

Kera yang datang pada malam hari dan memasukkan tangan mereka ke dalam balang untuk mendapatkan makanan, tetapi ketika mereka mencoba untuk keluar, mereka tidak dapat mengeluarkan tangan dari balang pada saat masih memegang makanan. Kera tidak akan melepaskan makanan dan boleh tersangkut berjam-jam, kadang-kadang selama berhari-hari, sampai orang kampung datang mengambil mereka.

Walaupun kisah ini agak berlebih-lebihan, konsep tersebut masih berharga karena banyak amalan buruk berlaku seperti perangkap kera; ia memberikan keuntungan kerana menggunakannya, tetapi hanya seperti monyet, ia membuat anda terperangkap dan berakhir dengan biaya anda yang lebih dari apa anda terima.

Imbuhan ini tidak selalu jelas; sering kali kita tidak sadar kita menerimanya. Sebagai contoh, hasil dari emosi sering menangani krisis mendesak dapat berkembang menjadi sesuatu yang mungkin panggilan " ketagih desakan."

Dalam contoh ini, hasil dari ketagih desakan adalah rasa gembira, berhasil dan wajar apabila bekerja pada tugas yang mendesak, menyelesaikan masalah atau mengelola krisis. Perangkapnya adalah bahwa dengan melakukan hal tersebut, kami sering mengorbankan tugas-tugas yang lebih penting hanya untuk mendapatkan hasil.

Seperti perangkap kera, satu-satunya cara untuk melepaskan diri daripada amalan buruk ini adalah melupakan habuan, mengenal pasti dan meninggalkannya.



Halangan Psikologi – Tidak lama dahulu, saya mengambil perjalanan bas Wisata ke Zoo San Diego yang terkenal. Daripada semua yang saya lihat, ada satu yang tidak boleh saya lupakan. Apabila bas berhenti dekat pameran gazel, juru pandu kami mulai menerangkan tentang gazel dan bagaimana mereka memiliki kemampuan melompat yang luar biasa.

Dalam kawasan liar, gazel dengan mudah dapat melompat lebih dari 30 kaki panjang. Dia kemudian bertanya sama ada kami menyedari apa-apa yang tidak kena dengan pameran tersebut berdasarkan informasi yang baru saja diberikan kepada kami. Tiada siapa yang tahu sehinggalah dia menunjukkan parit kecil dan pagar konkrit yang memisahkan kami dari gazel. Ini merupakan pameran yang luas: tanpa kandang dan jeriji; yang berdiri di antara gazel dan kebebasan adalah parit kecil dan pagar konkrit kecil kurang dari 4 kaki tinggi. Jarak antara parit dengan pejalan jalan tidak lebih dari 15 hingga 20 kaki ...

Kemudian terdetik dalam fikiran saya: salah satu dari gazel itu dapat dengan mudah melompat melalui pagar dan parit untuk melepaskan diri. Gazel mempunyai kemampuan untuk melepaskan diri. Tetapi sebagai mana juru pandu kami mengatakan, tidak pernah satupun dari mereka melepaskan diri. Pada saat itu saya sangat teruja untuk mengetahui mengapa tidak ada gazel yang telah melepaskan diri daripada situ ketika mana mereka dengan mudah mampu melakukannya.

Jurupandu kami menjelaskan bahwa gazel tidak pernah lari karena pengkaji telah menemukan dan membentuk penghalang psikologi. Ternyata, kecuali mereka mahu menyelamatkan diri, gazel langsung tidak lompat kecuali mereka dapat melihat di mana mereka akan mendarat. Ini mungkin sebuah naluri hidup yang tergambar dalam otak mereka melalui jutaan tahun proses evolusi, di kawasan liar, di mana kaki yang patah akibat dari pendaratan yang buruk telah menyebabkan kematian.

Pagar konkrit di kawasan pameran, walaupun tidak terlalu tinggi, namun cukup tinggi untuk mencegah gazel melihat di mana mereka akan mendarat; hasilnya adalah mereka tidak pernah cuba untuk melompat dan melarikan diri! Bagi gazel, ini adalah halangan psikologis yang nyata dan efektif seperti dinding konkrit 100 kaki tinggi yang padu.

Contoh lain terjadi kepada ungka, sejenis beruk yang kecil dan kurus yang hidup di Asia Tenggara. Pereka pameran di Zoo Terbuka Khao Kheow di Thailand ingin membuat pameran di mana orang dapat melihat ungka menjalani kehidupan yang normal tanpa kandang atau lain-lain buatan manusia yang menghalang pandangan. Keputusan mereka adalah untuk membangunkan pameran ungka di sebuah pulau buatan.

Oleh kerana ungka ada keengganan yang kuat dengan air, air di sekitar pulau menjadi penghalang psikologi yang sangat efektif yang mencegah ungka daripada meninggalkan wilayah mereka. Para pereka mampu membuat pameran tanpa harus menggunakan jerat atau pagar karena kuasa dari penghalang psikologi.

Sama seperti banyak haiwan ada halangan psikologi yang menjaga mereka dalam kawasan mereka, kita sering dihadapkan dengan halangan-halangan psikologi seperti takut, khawatir, kepercayaan singkat dan keraguan yang mencegah kita keluar dari amalan yang buruk yang memerangkapkan. Halangan psikologi kadang-kadang lebih sulit untuk mengatasi daripada hambatan fisik karena sebagian besar waktu kita tidak menyedari mereka ada!

Kebiasaan buruk – Kebanyakan amalan buruk merupakan kebiasaan yang sudah dilakukan orang selama bertahun-tahun. Mungkin mereka tidak tahu itu amalan yang buruk pada saat itu, atau ada alternatif lain yang lebih baik digunakan untuk situasi itu.

Apapun alasannya, mereka telah digunakan secara konsisten sehingga amalan sekarang sebati dalam bentuk tabiat buruk. Cara termudah untuk menghilangkan tabiat buruk adalah dengan menggantinya dengan tabiat lain. Anda akan melihat bahwa sebagian besar amalan terburuk dalam pengurusan waktu bersesuaian dengan amalan-amalan terbaik pekerjaan di tempat yang sama. Cara terbaik untuk menghilangkan amalan yang terburuk adalah dengan mencari dan menggantikannya dengan amalan terbaik yang secocok.

Monday, January 12, 2009

Natsir, Politikus Intelektual

Oleh ANWAR IBRAHIM



PERTEMUAN pertama dengan Pak Natsir adalah juga introduksi saya secara intim dengan Indonesia. Perkenalan itu terjadi pada 1967, ketika hubungan diplomatik di antara kedua negara—Indonesia dan Malaysia—pulih setelah mengalami konfrontasi. Sebelum pertemuan itu, saya hanya menghidu Indonesia dari sedikit pengetahuan sejarah melalui novel-novel Abdoel Moeis, Marah Roesli, Hamka, dan lain-lain.

Pada masa konfrontasi, saya terpukau oleh pidato-pidato Soekarno di hari Lebaran melalui Radio Republik Indonesia siaran Medan, yang saya dengar di kampung saya di Pulau Pinang. Ayah saya, yang ketika itu anggota parlemen dari partai pemerintah, ternyata tak senang dengan keasyikan saya ini.

Maka, ketika Himpunan Mahasiswa Islam yang dipimpin Cak Nur menyambut saya dan beberapa pemimpin mahasiswa Malaysia di Indonesia, tak ubahnyalah itu laksana menemui kekasih yang belum pernah ditemui. Rekan-rekan HMI, seperti Fahmi Idris, Mar’ie Muhammad, dan Ekky Syahruddin membawa saya, yang ketika itu baru berumur sekitar 20 tahun, menemui Pak Natsir. Karena saya begitu muda, dan melihat Pak Natsir sebagai mantan perdana menteri, pernah memimpin Masyumi—aliansi partai dan organisasi Islam yang terbesar di dunia—saya lebih banyak mendengar dari berkata-kata.

Apa yang terkesan bagi saya hingga hari ini dari pertemuan yang pertama itu adalah sosok, sikap, dan tingkah beliau yang amat sederhana. Selepas pertemuan dengan Pak Natsir, saya ke Bandung, dan di sana saya dibawa ke sebuah toko buku Van Hoeve yang secara zahirnya kelihatan usang dan berdebu. Toko buku tersebut merupakan penerbit karya-karya besar kajian Indonesia, seperti karya Van Leur, Indonesian Trade and Society, dan karya B. Schrieke, Indonesian Sociological Studies. Di toko itu, dan di atas lantainya yang berdebu, saya menemukan kedua buku tersebut serta dua jilid Capita Selecta, lantas membelinya.

Sejak zaman muda saya memang memberikan perhatian terhadap peran, ide, gagasan, serta ideologi dalam perjuang­an dan gerakan politik. Saya kagum terhadap intelektualitas dan gagasan para filsuf. Melalui Capita Selecta saya tampak sosok intelektual Mohammad Natsir. Melaluinya saya mengenali Henri Pirenne, nama yang kini mungkin kurang dikenal, tapi di masa itu tesisnya mencetuskan polemik besar di universitas-universitas di Eropa dan pengkaji-pengkaji tamadun Barat. Muhammad et Charlemagne, yang ditulis oleh Pirenne, melontarkan gagasan bagaimana Islam menjadi faktor penentu ­dalam sejarah Eropa. Ketika itu tesis ini sungguh radikal, tapi sekarang sudah diterima umum di kalangan sarjana bahwa tanpa Islam, tamadun Barat tidak akan menghasilkan renaisans, tradisi rasionalisme, dan humanisme.

Sejak pertemuan pertama itu, setiap ke Jakarta dan mengunjungi Pak Natsir, saya diperkaya oleh imbauan baru berkaitan dengan isu umat Islam, sosial, dan politik mutakhir. Tatkala saya sudah membentuk Angkatan Belia Islam Malaysia, beliau senantiasa mengingatkan saya akan realitas sosial di Malaysia, dengan kehadiran jumlah masyarakat Cina, India, dan lain-lainnya yang substantif. Beliau sangat positif dan senantiasa menggalakkan interaksi serta dialog di antara organisasi Islam dan masyarakat bukan Islam. Sewaktu menjadi Menteri Keuangan, tatkala memacu pertumbuhan ekonomi, saya sering meng­ulangi pesan Mohammad Natsir, jangan kita membangun sambil merobohkan: membangun gedung sambil merobohkan akhlak, membangun industri sambil menindas pekerja, membina prasarana sambil memusnahkan lingkungan.

Pada 2004-2006 saya di Universitas Oxford, Inggris, dan beberapa universitas lainnya di Amerika Serikat, khususnya di Universitas Georgetown. Di universitas ini saya memberikan mata kuliah yang khusus tentang rantau ini, karena selama ini kajian Islam kontemporer hanya bertumpu di Timur Tengah dan negara-negara Arab, tempat resistansi terhadap demokrasi begitu kuat, sehingga muncul persepsi bahwa Islam tidak sejajar ataupun compatible dengan demokrasi.

Saya merasakan pengkaji-pengkaji Islam kontemporer di Barat tidak berlaku adil terhadap Natsir dan perjuangan umat Islam Indonesia umumnya. Sekiranya mereka mengkaji pemikiran Natsir dan Gerakan Masyumi serta sejarah ”demokrasi konstitusional” di Indonesia sebelum dihancurkan oleh Orde Lama, persoalan compatibility atau kesejajaran Islam dan demokrasi itu tidak akan timbul. Satu-satunya sarjana Barat yang berlaku adil terhadap Natsir dan Masyumi sebagai pelopor constitutional democracy di dunia membangun selepas Perang Dunia Kedua ialah sarjana besar Herbert Feith, yang magnum opus-nya berjudul The Decline of Constitutional Democracy in Indonesia.

Namun saya tidak melihat Pak Natsir sebagai demokrat yang terisolasi. Beliau berada di dalam tradisi Islam Indonesia yang inklusif, dari tokoh seperti Oemar Said Co­kroaminoto, Agus Salim, dan Wahid Hasyim. Di negara Arab kita menyaksikan pembenturan yang tajam antara tokoh-tokoh sekularis dan tokoh-tokoh islamis, antara Taha Hussain dan penghujah-penghujahnya dari Universitas Al-Azhar. Di Indonesia saya tidak menyaksikan pertembungan yang sebegini antara Sutan Takdir Alisjahbana yang memiliki orientasi yang hampir sama dengan Taha Hussain dan tokoh-tokoh Islam.

Negosiasi kreatif antara intelektual sekuler tapi tidak bermusuhan dengan Islam, dengan intelektual muslim yang ditampilkan oleh Natsir, amat bermakna bagi generasi muda muslim di Malaysia. Di Kuala Lumpur hari ini terdapat anak-anak muda yang mengunyah Polemik Kebudayaan, tapi mereka juga sebahagian dari gerakan Islam yang meneliti Capita Selecta. Debat Natsir-Soekarno tentang negara Islam dan sekularisme juga menarik bagi mereka dan mereka kira masih relevan dalam negosiasi Islam serta ruang awam di Malaysia.
Tapi tulisan Natsir yang paling tersebar luas di Malaysia­ ialah Fiqud Dakwah. Saya selaku Presiden ABIM ketika itu mencetaknya, termasuk menerbitkannya ke dalam edisi­ Jawi dan menjadikannya teks usrah ataupun grup studi ka­mi.­ Saya begitu terkesan oleh buku ini karena metode dak­wahnya bersifat moderat dan berhikmah. Melalui metode ini, ABIM dapat melebarkan sayapnya hingga menjadi orga­nisasi massa dan gerakan Islam yang bergaris sederhana.

Pada awal 1980-an, ketika saya sedang menjabat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, saya berkunjung ke Indonesia. Saya ingin menemui Pak Natsir di kediamannya, tapi beliau lebih dulu menemui saya di hotel. Saya sangat terharu karena sikapnya yang merendah, sedangkan dia merupakan pemikir Islam besar. Maka saya mengundang beliau ke kamar untuk bersarapan pagi.

Natsir sedang menghadapi tekanan dari pemerintah, karena dia terlibat dengan Petisi 50. Ternyata pertemuan itu menimbulkan keributan di kalangan intel Orde Baru. Maka, ketika saya menemui Pak Harto, saya jelaskan bahwa Pak Natsir ibarat bapak saya di Indonesia dan bahwa pertemuan kami hanya mengobrol secara umum tentang umat Islam di Pakistan dan Arab Saudi. Pak Harto hanya diam mendengar penjelasan saya.

Terakhir kali saya selaku Timbalan Perdana Menteri menemui Pak Natsir di hospital ketika beliau sedang tenat. Suasana memilukan dan menyayat hati, saya sedih melihat keadaan hospital, dan saya merasakan layanan sebegini tidak layak untuk seorang pemikir Islam besar. Saya rasa wajar beliau mendapat layanan yang lebih baik. Beberapa bulan kemudian, saya mendapat berita beliau telah berpulang ke rahmatullah. Beliau sudah pergi, tapi legasinya masih menanti apresiasi yang adil dari luar rantau ini.

*Artikel ini telah disiarkan dalam majalah Tempo edisi 14 Julai 2008.